Azami menyinar di Monthly Championship – Mac 2018

Bowling City- Jeddah, Jumaat 6 April 2018,  ICBL seperti biasa menganjurkan “Monthly Championship” untuk bulan April 2018, dan MJ Bowlers telah menghantar barisan pemain seperti Suhaimie, Yazid, Oto, Rohaizat, WanKamal, Azami dan Mazlan. Manakala barisan wanita diwakili oleh Azzhanawati, Rozana dan Hasnah.

Barisan lelaki mewakili kelas B iaitu Suhaimie, Yazid, Oto , Rohaizat , Wan Kamal ,Mazlan dan Azami mewakili kelas A. Manakala bagi pemain wanita  Hasnah dan Rozana mewakili kelas B dan Azzhanawati mewakili kelas C.

Pada 3 game pertama (Qualification Round) , Azami mendahului untuk kelas A dengan membuat jatuhan pin sebanyak 585 manakjala untuk kelas B, 4 pemain telah layak ke pusingan seterusnya iaitu -Yazid, Suhaimie dan Oto yang masing-masing membuat jatuhan pin sebanyak yazid ( 612), Suhaimie (603) dan Oto (586).

Manakala untuk wanita, Rozana (546) dan Hasnah (532) telah layak kepusingan seterusnya manakala Azzhanawati dari kelas C juga melepasi saringan awal dengan jatuhan pin 628.

Di peringkat seterusnya bagi kelas B, Suhaimie telah berjaya melonjakkan keupayaan dengan balingan mantap 279 dan bertemu dengan juara kelas B iaitu Rommel .  Kemaraan Suhaimie tersekat apabila bertemu dengan Rommel dengan kekalahan tipis 171 dan 177 milik Rommel.

Bagi Kelas A, pertemuan Azami dengan pencabar terkuat iaitu Ding Dela Rosa begitu mendebarkan namun kekuatan mental telah menyelamatkan Azami dengan kemenangan jatuhan pin sebanyak 211.

Bagi kategori wanita pula hanya Azzhanawati berjaya mara ke peringkat seterusnya dengan menggalahkan Myrna dengan jatuhan pin 168 berbalas 139. Kemaraan untuk kelas B wanita terhenti selepas Rozana dan Hasnah kecundang dengan lawan masing-masing iaitu Evelyn.

Pertembungan akhir  lelaki  memperlihatkan kemunculan ulung dari wakil MJ Bowlers iaitu dari Azami yang mewakili kelas A bertembung dengan Eric dari kelas C dan  dengan mudah menjinakkan Eric 192 berbalas 152 dan sekaligus dinobatkan sebagai juara utk bulan Mac 2018.

Bagi kelas wanita pula, Azzhanawati tidak pulang tangan kosong setelah berjaya menjadi naib juara di belakang Evelyn yang membuat jatuhan pin sebanyak 178 manakala Azzhanawati 152.