SPMBL – Minggu ke -8

Bowling City -Jeddah: Liga  FEDBG  ini sudah memasuki minggu ke -8  dan pada minggu ini MJ Bowlers menurunkan seorang lagi muka baru iaitu Yatie. Beliau merupakan pemain wanita yang diketengahkan dalam kejohanan kali ini bagi melengkapkan 2 pemain wanita yang tersenarai  ( Yatie dan Hasnah) dalam skuad MJ Bowlers di liga SPMBL ini. 

Pada minggu ke -8 ini, MJ Bowlers menurunkan Suhaimie Leong, Mazlan, Azami dan Yatie dan menentang pasukan yang kuat dan berkedudukan di tangga ke -2 carta iaitu AFM Delight.  AFM Delight yang diwakili oleh Zaldy, Tommy, Abdul Fatah dan Pinky begitu konsisten dari seawal musim dan tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan MJ Bowlers.

Di game pertama, AFM Delight agak tersentap dengan saingan yang diberi sehinggakan membolehkan MJ Bowlers mengutip 4 mata dengan balingan padu dari semua pemain MJ Bowlers. Dengan Suhaimie membuat jatuhan pin sebanyak 201 dan Yatie pula 181 dibantu oleh Azami dan Mazlan dengan masing-masing 166 dan 152 jatuhan. Terkejut dengan kekalahan di game pertama, AFM Delight  telah memperhebatkan balingan di game ke -2 , dan dengan mudah menjinakkan MJ Bowlers hasil dari sumbangan Zaldy, Tommy dan Abdul Fatah yang bejaya menjatuhkan 753 pin berbanding 608 oleh Mj Bowlers. Begitu juga halnya berlaku di game penentu yang mana AFM Delight tidak menoleh ke belakang dan berjaya mengutip lagi 4 mata dari kemenangan di game yang ke-3.

Dengan Kekalahan di minggu ke-8 ini , kedudukan MJ Bowlers terus berada di tangga ke -5 dengan kutipan mata sebanyak 131 dan pendahulu liga masih lagi Lance &3Rdy yang begitu unggul di atas tahta liga.