Ahlan Ya Ramadhan (Bersama MJBowlers)

JEDDAH: Kehadiran Ramadhan kian terasa dan setiap tahun, MJBowlers ada mengadakan jamuan berbuka puasa bersama sebelum solat tarawih di Masjid Al Qarni, As-Safa, Jeddah. Seperti biasa ahli MJBowlers yang disegani merangkap Chef, Tuan Haji Hairul akan menjalankan tugas beliau mengikut menu yang dicadangkan pihak penaja berbuka puasa.

Uniknya jamuan seperti ini adalah tidak ada sesiapa yang hadir pada jamuan ini yang berlenggang kangkung tidak bawak apa-apa setiap kali hadir jamuan. Pastinya akan bawa pot-luck atau memilih menaja makanan pada hari-hari tertentu. Resmi orang Melayu yang berkelana jauh mencari rezeki, sudah pasti berasa malu jika tidak sama-sama sponsor dalam majlis seperti ini.

“Takkan datang makan free saja kot! Automatically mesti rasa nak sponsor jugak. Duit kepuk-kepuk buat apa kalau tak buat amal jariah kan?” ujar seorang ahli pada majlis tahun lepas.

“Tapi yang penting sekali kenalah ikhlas,” tambah beliau.

Sesungguhnya amat besar pahalanya apabila kita menyediakan makanan, walaupun sedikit kepada mereka yang berbuka. Berikut adalah senarai penaja dan tarikh serta lokasi majlis berbuka puasa MJ Bowlers. Rata-rata penaja adalah ahli MJBowlers dan ada juga yang bukan ahli yang bermurah-hati.

 

Skip to toolbar