Malaysian Bowling Terbuka KSA – anjuran MJ Bowlers

 

MJ Bowlers dengan rasminya telah mengumumkan penganjuran pertandingan bowling berpasukan bagi penyertaan semua rakyat Malaysia di Saudi Arabia. Acara tahunan ini akan di adakan pada 14/10/2017 (Sabtu),bertempat di Jeddah lane. Pertandingan ini berbeza sedikit dari siri pertandingan yang pernah di kelolakan oleh MJ Bowlers yang mana dari segi penyertaan kali ini di buka kepada semua rakyat Malaysia yang ada di Arab Saudi. Dijangka penyertaan dari pasukan Riyadh , Jubail ,Yanbu , Rabigh ,Madinah dan Mekah akan memeriahkan suasana pertandingan ini.  Di jangkakan juga sumbangan besar datang dari syarikat-syarikat yang sebelum ini berurusan dengan MJ Bowlers seperti  Felda Dsaji, Scoot (Tigers) Air, TSI,Prasarana, Batavia,Panda dan beberapa syarikat yang lain.

Pihak penganjuran telah menghebahkan pertandingan ini akan terbahagi kepada 2 kategori pertandingan  supaya ianya lebih adil kepada pemain -pemain yang mewakili pasukan  yang bertanding. Tarikh tutup untuk menghantar senarai pasukan yang bertanding adalah pada 7/10/2017.

Kategori A: ( Uniform diwajibkan)  – 2 games bagi kategori ini
——————————————————————————–
– Terbuka kepada semua rakyat Malaysia di Arab Saudi
– Pertandingan dalam acara pasukan yang mana kombinasi pemain mestilah :
      a.  3 Lelaki  + 1 Wanita  – Handicap  diberi 20 mata
      b.  2 Lelaki + 2 Wanita  – Handicap diberi  40 mata
      c.   4 Wanita                     – Handicap diberi  80 mata
      d.  4 Lelaki                       – Tiada Handicap

Bayaran sebanyak  SR 200 bagi satu pasukan  dan  makanan ringan disediakan ( Burger / club Sandwich + Minuman) akan disediakan kepada perserta oleh pihak penganjur.

  • Ahli MJ Bowlers tidak dibenarkan bermain di kategori ini.    

Kategori B  : ( BAKER Event- SAFA  vs  FASALIYAH)
——————————————————————————

-Pertandingan ini hanya dibenarkan untuk pemain-pemain MJ Bowlers.
– Dua kumpulan dari kawasan Safa dan Fasaliyah akan bertandingan untuk merebut Piala MJ Bowlers Baker Event.
  Setiap pasukan akan menyenaraikan:
  a.  2  pasukan  (5 orang pemain) dengan format (4 lelaki + 1 Wanita).
  b.  1  perseorangan lelaki
  c.  1  perseorangan  wanita
  d.  1 bergu campuran ( Mix )
–  (a) 2  pasukan ini akan bertarung baker format sebanyak 3 game
– (b), (c), dan (d) hanya akan bermain satu game sahaja.

Cabutan bertuah juga disediakan kepada pemain  yang mendaftar untuk bertanding dalam siri ini. Hadiah-hadiah yang lumayan menanti pemain-pemain di kejohahan ini.

Sebarang  pertanyaan bolehlah berhubung kepada urus setia di bawah :

a. Penyertaan Riyadh /Dammam/Jubail  – Saudara Hairul (0565278278)
b. Penyertaan Jeddah / Yanbu/Rabigh/Makkah/Madinah  – Saudara  Rashid ( 0558574934),Azmi (0531152764)

 

 

SENARAI PASUKAN KEJOHANAN HARI SUKAN NEGARA 2017

[table id=7 /]