Perasmian Kejohanan Bowling Piala Agong 2016

 

KEJOHANAN BOWLING ‘PIALA AGONG 2016’

21 Mei 2016 – Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah, Arab saudi, dengan kerjasama Kelab Malaysia-Jeddah Bowlers (MJBowlers) telah menganjurkan kejohanan bowling ‘Piala Agong 2016’ bersempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong 2016.

Seramai 144 warga Malaysia yang bermastautin di Arab Saudi (Wilayah Barat) telah menyertai acara tersebut. Kejohanan tersebut menyaksikan peserta bersaing dalam 6 kategori. Kategori khas (Pemain Terbaik) berjaya membawa pulang hadiah tunai SAR500.

Konsul Jeneral Malaysia ke Jeddah, Arab Saudi, Yang Berusaha En. Mohd Ali Bin Selamat telah merasmikan acara tersebut. Dalam ucapan beliau, beliau berbesar hati melihat inisiatif serta perpaduan yang ditunjukkan oleh warga Malaysia di sini. Beliau juga menyarankan agar mengekalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.

Kejohanan ini juga diceriakan lagi dengan puluhan cabutan bertuah. Antara hadiah utama yang diberikan adalah TV LED 40 inci jenama LG. Setiap pemenang menerima pingat serta hamper produk-produk Malaysia.

Skip to toolbar