TAKZIAH: Bapa kepada Ain (ahli MJB) meninggal dunia

Innalillahiwainnalillahirojiun…

Komuniti MJ Bowlers sama-sama bersimpati atas pemergian ayahanda kepada seorang ahli MJBowlers yang kami senang dengan panggilan Ain.

Ayahanda beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 3.05 petang waktu Malaysia di HUSM Kubang Kerian. Tuan Haji Mazlan yang juga ahli MJBowlers, suami kepada Ain telah mengkhabarkan berita ini kepada kami melalui group Whatsapp MJBowlers Lelaki.

Mari kita sama-sama doakan agar ayahanda Ain, Wan Hamzah Wan Ismail yang pulang ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan yang berkat ini, agar diampuni dosanya, diberi rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Semoga Mazlan, Ain dan keluarga mereka bertabah dalam ujian ini.