Presiden KMH sertai pelan Aljazira Takaful

JEDDAH: Presiden Kesatuan Malaysia Hijazi (KMH) Haji Affendi Zulkifli telah mengikuti pelan Dira’ Protection Plan Aljazira Takaful dan sijil penyertaannya telah diserahkan tempoh hari. Seperti mana ahli MJ Bowlers yang lain, beliau telah menginfaqkan sebahagian hartanya ke jalan Takaful demi kemaslahatan ahli-ahli Takaful sejagat.

Biasanya golongan professional di sini bekerja demi kesenangan dan kesejahteraan diri dan keluarga mereka dan rata-ratanya isteri mereka tidak bekerja. Justeru, atas konsep ketenangan fikiran (Peace of Mind), Takaful bertindak memberi pelindungan pendapatan si suami jika berlaku kematian (Death by Any Cause) atau kehilangan upaya untuk terus bekerja akibat kecacatan kekal melalui kemalangan atau penyakit (Total Permanent Disability due to Accident or Sickness) – Nauzubillah min zaalik. Sedikit sebanyak si isteri (atau waris) dapat membayar segala hutang piutang si mati selain meneruskan kehidupan tanpa gangguan kewangan.

Aljazira Takaful juga ada menyediakan pelan “Protection & Savings” di mana sebahagian daripada caruman akan disalurkan ke akaun investment ahli dan dilaburkan melalui Aljazira Capital. Ahli boleh memilih antara Aggressive Fund, Balance Fund atau Conservative Fund. Dengar namanya sahaja kita dapat garapkan yang strategi “aggressive” adalah untuk mereka yang lebih yakin dengan pasaran saham di Saudi Arabia manakalah strategi “conservative” adalah bagi mereka yang mahukan pergerakan fund yang lebih selamat di mana 80% daripada allocation diletakkan dalam fixed deposit. Ahli yang berminat akan diberikan unjuran carta aliran wang sehingga habis tempoh polisi. (illustration).

Sukacita dimaklumkan juga ahli-ahli MJ Bowlers saudara Yusri dan Sharafuddin juga baru sahaja diluluskan permohonan mereka. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana bijak mengurus risiko kewangan dan semoga yang lain-lain juga terbuka hati untuk bertindak melakukan perkara yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azrul (0558133910)