Menyambut kedatangan “Kembara Memburu Hikmah”

Jeddah  11 Jun 2017 : Majlis meraikan pasangan Malaysia – Saudara Ahmad & Saudari Nora Adila yang berbasikal dari Malaysia  sehinggalah menamatkan kayuhan di bandar Jeddah pada 9 Jun 2017. Kayuhan suami -isteri ini  mengharungi 13 negara  dan memakan masa selama 14 bulan. Kayuhan kembara ini melakar sejarah dengan kecekalan sepasang suami isteri  mengharungi cabaran yang begitu mengkagumkan.  Pengalaman dan juga cabaran sepanjang kembara ini dikongsikan oleh sepasang suami isteri ini dan juga crew yang menyertai jelajah kembara ini.

Majlis ini telah di adakan di Restaurant  Dsaji dan dihadiri oleh warga Malaysia yang berada di sekitar Jeddah dan MJ Bowlers diberi kesempatan menyambut  kedatangan mereka ini.

Kehadiran mereka juga dimuat-naikkan di Facebook Felda D’Saji.

Skip to toolbar