Lagi warga MJ Bowlers terjebak Takaful Aljazira

JEDDAH: Susulan penyertaan Kapten MJ Bowlers, Tuan Haji Abdul Rashid, lima lagi ahli telah menurunkan tanda tangan bersama Aljazira Takaful untuk mengikuti pelan takaful hayat. Rata-rata daripada mereka telah memilih “Dira’ Plan – Individual Family Term Takaful” yang bertujuan melindungi pendapatan demi kemaslahatan keluarga sendiri mahupun keluarga peserta takaful yang lain.

Tuan Haji Rohaizat Kamisan bersama Pengurus Aktuari Aljazira Takaful menerima sijil takaful.

Takaful sebenarnya telah menjadi produk keperluan bagi mereka yang mempunyai tanggungan dan khususnya, hutang piutang. Hutang rumah, kenderaan, perniagaan, pendidikan dan peribadi adalah contoh-contoh komitmen yang perlu dilangsaikan sama ada masih ketika hidup atau selepas meninggal dunia. Dengan adanya takaful, bukan sahaja jumlah hutang dapat dilangsaikan, tetapi keluarga juga sedikit sebanyak dapat menggunakan wang yang dimanfaatkan bagi meneruskan kehidupan dengan minda yang redha dan tenang.

Ramai yang beranggapan takaful ini suatu perjudian – jika mati, keluarga dapat duit. Jika “survive”, tak dapat apa-apa. Namun sebenarnya niat untuk menyertai takaful bukanlah untuk mengharapkan apa-apa balasan, tetapi ikhlas, menginfakkan sedikit wang untuk membantu keseluruhan komuniti takaful. Pakar takaful telah beberapa kali menasihatkan peserta untuk perbetulkan niat apabila bertakaful. Antara kerumitan dalam pengurusan takaful adalah ajen-ajen yang rata-ratanya berpaksikan kepada komisyen semata-mata – bukanlah untuk meningkatkan syiar Islam atau melindungi keluarga ummah sejagat.

Di Aljazira Takaful, konsep komisyen tidak diketengahkan dan sebab itu produk-produk takafulnya lebih mendorong kepada memberikan penyelesaian kepada peserta dengan lebih bernilai. Produk mereka adalah berorientasikan peserta dan jika dibandingkan caj-caj yang dikenakan adalah jauh lebih rendah daripada yang terdapat di Malaysia.

Ayuh, tunggu apa lagi? Sertailah pelan Takaful bersama Aljazira Takaful demi kemaslahatan keluarga dan umat sejagat.

Haji Din dan Haji Affendy turut berkunjung ke premis Aljazira Takaful