Kabalen Cup – Minggu ke- 12

Jeddah 09 Nov.2017- Pada kejohanan yang berbaki  2 minggu lagi , telah memperlihatkan kesungguhan MJ Bowlers untuk terus menguatkan kedudukan carta liga pada Kabalen Cup 2017. MJ Bowlers yang di barisi pemain yang kuat di turunkan pada malam tadi ( Rabu) iaitu – Suhaimie Leong, Rohaizat, Azmi dan Yazid membuat jumlah jatuhan sebanyak 723,709, dan 659 sudah cukup untuk merapatkan diri dengan pendahulu liga iaitu  Tash Team.  Rohaizat telah menyumbangkan balingan padu dengan jatuhan pin 187,223 dan 207  dan membolehkan MJ Bowlers terus memberikan saingan. 

Dengan perolehan 15 mata pada minggu ke-12 ini hanya dan perbezaan 5 mata sahaja dengan Tash Team ini membuatkan minggu hadapan ( Minggu-13) adalah penentuan penting untuk melayakan diri ke Step Ladder  yang memperuntukan hanya 2 pasukan yang akan berada di pasukan menunggu tanpa mengharungi “position round”. 

Dengan perancangan yang baik minggu hadapan MJ Bowlers mampu mengharungi  minggu terakhir ini agar terselamat dan terus berada di 2 kelompok teratas.