TNCBL-20: Sepintas lalu keputusan minggu 10 dan 11 – MJBowlers utuh di atas liga

15 May 2018, Bowling City, Jeddah – Usai masuk minggu ke 11 pusingan liga Selasa ini, pasukan MJBowlers masih lagi kekal sebagai pendahulu liga. Persembahan cemerlang dan usaha sama sepasukan adalah faktor utama MJBowlers berjaya menundukkan lawan masing – masing di minggu 10 dan 11 di dalam liga ini.

Sepintas lalu Minggu 10

Pada minggu 10, MJBowlers berdepan dengan pencabar terdekat, pasukan Day Lights yang diketuai oleh pemain berpengalaman Lito Zamudio, dan diwakili oleh antara pemain2 terkuat di Jeddah ini seperti Kemo Felimban, Rey Beltran, Dariel Loquias, dan Mohd Makki sebagai pemain dalam posisi ‘hiding’. Percaturan MJBowlers merombak barisan pemain pada minggu ini membuahkan hasil. Acong yang pada minggu2 sebelumnya diletakkan sebagai pemain posisi ‘hiding’ ditukarkan ke barisan utama, manakala Azmi Junaidi diberikan kepercayaan untuk menggalas cabaran sebagai pemain ‘hiding’. Nyata rombakan barisan pemain ini membuka mata bukan sahaja pihak lawan, tetapi pemain2 MJBowlers sendiri dengan keupayaan masing2. Walaupun diberikan tentangan hebat dari pasukan Day Lights, pemain2 MJBowlers berjaya menundukkan pasukan lawan dengan mengutip jumlah mata 14 berbalas 8. Oto Syahrizan merupakan MVP (Most Valuable Player) untuk minggu ke-10, dengan jatuhan pin sebanyak 548, manakala persembahan Azmi Junaidi berserta Acong berjaya menggugat semangat pemain2 pihak lawan. Dengan tambahan mata ranking sebanyak 13 mata, MJBowlers berjaya mengekalkan kedudukan teratas liga pada minggu 10.

Sepintas lalu minggu 11

Pada minggu 11, MJBowlers berhadapan dengan pasukan JAE-AI-ALLEY Force, yang diketuai oleh pemain kategori kelas A, Nap Patayan. Pada minggu ini, pasukan lawan tidak menurunkan pemain posisi ‘hiding’, dan diwakili oleh Pancho Cuevas, dan dua pemain kategori kelas D, Pheps Niera dan Ali Ibn. Pada minggu ke-11 ini, MJBowlers diwakili oleh Azami OSU di posisi ‘driver’, Mazlan, Acong dan kapten liga Selasa Wan Kamal “The Bulldozer” di posisi ‘anchor’. Azmi Junaidi meneruskan cabaran di posisi ‘hiding’. Permulaan perlawanan agak sengit diantara kedua-dua pasukan pada minggu ini, di mana MJBowlers dapat merasai tekanan sebagai pendahulu liga. Perlawanan sengit di Game 1, berkesudahan dengan perbezaan 6 mata “scratch points” sahaja, sementara perbezaan “pin falls” bersama “handicap” pula hanya sebanyak 20 mata sahaja. Tersedar dari lamunan dengan kemenangan tipis Game 1 ini, pemain2 MJBowlers bingkas bangun menyahut cabaran, dan membelasah secukup2nya pihak lawan di Game 2 dan Game 3. MVP (Most Valuable Player) untuk minggu 11 adalah Azami OSU, yang menjatuhkan sejumlah 678 pin. Sumbangan dari pemain posisi ‘hiding’ Azmi Junaidi juga berjaya membantu MJBowlers untuk memastikan jumlah mata perlawanan penuh untuk minggu ke-11. Dengan jumlah mata tambahan untuk “ranking position” sebanyak 14, MJBowlers berjaya mengumpul sebanyak 36 mata untuk minggu 11 dan mengekalkan tempat pertama di atas liga.

Pasukan2 lawan lain mula menampakkan usaha yang meningkat untuk mengejar dan memintas MJBowlers. Kesemua pasukan teratas liga telah berjaya mengumpul 30 mata lebih pada minggu ke-11 sebagai usaha untuk mengejar dan merapatkan jurang dengan pendahulu liga. Pemain2 MJBowlers disarankan untuk meneruskan usaha dalam latihan bagi meningkatkan lagi mutu permainan dan kekuatan mental.

Liga Selasa ini berbaki lagi 3 pusingan sebelum masuk pusingan akhir. Perlawanan liga akan berehat sepanjang bulan Ramadan bagi memberikan peluang pemain2 beragama Islam menumpukan fokus kepada ibadah dalam bulan mulia ini. Ramadan Mubarak, dan semoga Allah menerima dan merahmati segala ibadah kita.