TNCBL-22 : MJBowlers Tumpas Pada Minggu Ketiga

Jeddah, 20 Februari 2019 – Masuk minggu ketiga liga malam Selasa, TNCBL Siri 22 anjuran FEDBG, menembungkan pasukan MJBowlers dengan JBS Pro-S. Pasukan lawan menurunkan gandingan pemain2 di dalam kelas C untuk memanfaatkan kelebihan handicap. Jimmy Aragone bertindak sebagai ‘driver’, diikuti oleh Eric Columa, Cesar Pagtaluna, Jay Bengco di posisi ‘anchor’, dan James Paulme bermain sebagai ‘hiding player’.

Untuk mengatasi kelebihan pasukan JBS Pro-S ini, MJBowlers menurunkan gandingan Abdul Rashid sebagai ‘driver’, Azizan Abdul Aziz, Kapten Liga Selasa Azmi Junaidi, Oto Shah di posisi ‘anchor’, dan Haji Rohaizat beraksi sebagai ‘hiding player’.

Tentangan hebat diberikan semasa perlawanan, namun MJBowlers tumpas kepada JBS Pro-S yang berjaya mengutip keseluruhan mata perlawanan 22-0. Namun begitu, persaingan sengit antara kedua-dua pasukan teratas liga ini juga membuahkan hasil buat MJBowlers yang berjaya mengumpul mata ranking kedua tertinggi pada minggu ini, sebanyak 14 mata.

MJBowlers jatuh satu anak tangga ke tempat kedua pada minggu ketiga ini, berbeza hanya 4 mata sahaja dengan pendahulu liga, JBS Pro-S.

Liga ini masih lagi di peringkat awal, dan kekalahan minggu ini akan dijadikan iktibar untuk minggu2 yang seterusnya. Semoga semua pemain2 dapat meningkatkan lagi latihan bagi memperbaiki kelemahan. Semoga kejayaan menjadi milik kita, InshaAllah.

~WKA~

JBS Pro-S Berjaya Mengutip Keseluruhan Mata Penuh
MJBowlers Jatuh Satu Anak Tangga Ke Tempat Kedua
MJBowlers Beraksi Pada Liga Malam Selasa
Minggu Keempat Akan Menemukan MJBowlers Dengan Pasukan FB Rhinos