TNCBL-22 Minggu 2: MJBowlers Cemerlang, Melonjak ke Tempat Pertama

Jeddah, 13 Februari 2019 – Minggu kedua liga TNCBL-22 telah berlangsung di Bowling City pada 12 Februari, menemukan pasukan MJBowlers dengan pasukan Marc’s Bullocks.

Pasukan lawan yang diketuai oleh pemain berasal dari UK, Marc Clifford membariskan pemain2 berpengalaman untuk liga malam Selasa ini iaitu Amri, Sammy, Pancho Cuevas dan Rey Beltran.

Walaupun berhadapan dengan pasukan yang agak kuat, gandingan pasukan MJBowlers yang terdiri dari Azizan Abdul Aziz, Suhaimie Leong, Oto Shah, Wan Kamal dan Zulkhairi tidak langsung berasa gentar dan berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 20 berbalas 2.

Aksi cemerlang Suhaimie (666), Oto (613) dan Zulkhairi (613) juga membantu pasukan untuk mengutip mata ranking maksimum di dalam liga, sejumlah 16 mata. Dengan jumlah 36 mata keseluruhan untuk minggu kedua liga ini, MJBowlers berjaya melonjakkan diri ke tempat pertama.

Lawan seterusnya yang menunggu di minggu ketiga adalah JBS Pro-S, yang sekarang ini berada di tempat keempat liga. Kelebihan handicap pasukan lawan nyata akan menjadi salah satu faktor dalam pemikiran strategi pasukan MJBowlers untuk minggu hadapan. Semoga kejayaan milik kita, InshaAllah.

~WKA~

MJBowlers menundukkan pasukan Marc’s Bullocks 20-2
MJBowlers kini berada di tempat pertama liga TNCBL-22
Lawan menanti pada Minggu ke-3 adalah JBS Pro-S