Pertembungan MJ Bowlers dengan Lanes Snap di Minggu ke -2 FEDBG

Bowling City – Kejohanan FEDBG  siri ke -10 telah berlangsung pada sabtu yang lepas iaitu pada 5 Mei 2018 dengan pertembungan  MJ Bowlers selaku Naib Juara pada siri ke -9 yang lepas. Pada siri ke -10 ini bebarapa muka baru diketengahkan dalam barisan MJ Bowlers iaitu Nazre ( Acong) dan Ima yang akan mengalas cabaran MJ Bowlers pada temasaya siri ke 10 ini. Barisan MJ Bowlers juga diperkuatkan dengan kemasukan Din (Snake) , Rohaizat , Suhaimie, Oto, Azami , Azmi(J) dan Mazlan.  Manakala ladies bowlers yang akan menyertai MJ Bowlers adalah yatie dan Hasnah. 

Di minggu ke -2 ini, pertembungan antara Lanes Snap dan MJ Bowlers, di atas kertas sepatutnya memihak 100% milik MJ Bowlers selaku penyandang Naib Juara siri ke 10, namun kegugupan pemain MJ Bowlers masih dalam penyesuaian  menyaksikan kesilapan mudah yang harus diperbaiki.  Kombinasi MJ Bowlers yang diwakili oleh Suhaimie, Yatie, Achong dan Azmi  mempunyai handicap yang besar berbanding Lanes Snap iaitu 123 berbanding 99. Manakala pasukan Lanes Snap yang diketuai oleh Gary, Richard,Lyn dan Med merupakan nama-nama besar dalam  pertubuhan FEDBG ini.

MJ Bowlers gagal memperolehi mata penuh dari pertemuan ini dengan Lanes Snap berjaya mencuri 9 mata manakala MJ Bowlers hanya berpuas hati memiliki 13 mata. Pemain MJ Bowlers agak terlalu kaku terutama muka baru yang dipertengahkan iaitu Acong yang hanya mampu membuat jatuhan pin 135,137 dan 136 jauh dari sasaran awal yang dipertaruhkan. Manakala Suhaimie yang membuat jatuhan 212,200 dan 162 dan diikuti oleh Azami yang membuat jatuhan pin 162,175 dan 195 membantu setidak-tidaknya MJ Bowlers dimalukan di minggu ke 2 ini.

Dari segi kedudukan liga setakat minggu ke 2 ini, MJ Bowlers berada di tangga ke 8 jauh terperosok di bawah pesaing-pesaing utama dengan kutipan mata sebanyak 34. Manakala juara bertahan AFM Delight terus memecut meninggalkan Dabarkadz  dan Lance &3Rdy di kedudukan 3 teratas liga.

Perjuangan masih terlalu awal untuk MJ Bowlers dan masih banyak perlu diperbaiki untuk terus mendaki carta liga. Pemain MJ Bowlers perlu mempertingkatkan latihan untuk terus mengharung cabaran-cabaran. Pasukan yang bertemu MJ Bowlers sudah tentu mempunyai azam membenam dan mengalahkan cabarfan MJ Bowlers.

Untuk minggu terakhir iaitu minggu ke 3 sebelum pertandingan ini ditutup dalam bulan Ramadan, MJ Bowlers akan bertemu dengan penghulu liga iaitu AFM Delight dan juga penyandang Juara siri ke 9 yang lepas. Pertembungan ini merupakan kali kedua setelah MJ Bowlers tewas di pertandingan akhir siri ke 9 yang lepas.