MJ Bowlers mengesahkan tempat untuk ke “Step Ladder- FEDBJ”

30 Oct 2017, Jeddah Arab Saudi- Pada hari sabtu bersamaan dengan 28 Oct 2017 yang lepas , satu lagi kejayaan manis di kecapi oleh pasukan MJ Bowlers yang telah layak menyertai kelompok 5 pasukan teratas untuk melayakkan diri ke pusingan ‘STEP LADDER’.

Kejayaan ini di jelmakan dari kejayaan MJ Bowlers di peringkat “Position Round”  yang berjaya menempatkan diri di kedudukan ke dua setelah mengharungi ‘3 Games’. MJ Bowlers dibarisi pemain Abdul Rashid , Suhaimie Leong , Rozana dan Mustafa telah berjaya mengekalkan momentum dari seawal permainan untuk membolehkan MJ Bowlers terus kekal di 2 tangga teratas.

Pujian harus diberikan kepada MJ Bowlers wanita iaitu Rozana Ahmad Zaini yang telah membuat balingan  127, 213 dan 145 yang telah berjaya menjarakkan kedudukan mata dari pasukan yang bertanding.

Sabtu ,4 November 2017-MJ Bowlers akan bermain di slot pertama bertemu JBS@PPS.Bowl dalam perhitungan 1 game dan pemenang pertandingan ini akan bertemu pasukan LANCE & 3RDY yang menunggu di kedudukan ke -3.