Keputusan Minggu ke-6 (SAT-AM-FTBJ).

Bowling City  Jeddah ,  Liga SAT-AM  memasuki minggu ke 6 dengan membariskan pemain MJ Bowlers – Wan Kamal, Syeena, Oto dan Mustafa. Pemain utama Tariq (RBA) direhatkan setelah 2 minggu berturut-turut kurang menyengat dalam mengharungi minggu ke 4 dan ke 5. Kemunculan Wan Kamal aka ‘Bulldozer’ tidak menghampakan pasukan dengan jumlah jatuhan pin 664 diikuti oleh Syeena (540), Oto (545) dan Mustafa (593) telah membawa cabaran MJ Bowlers pada minggu ini.

Dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2342 ini juga membolehkan MJ Bowlers menguasai arena Bowling City dan menempatkan diri pada pungutan markah tertinggi pada minggu ke 6 ini sebanyak 34. Diikuti rapat oleh WEDSAT/JP yang dikemudi oleh Randy dan berkongsi mata bersama pasukan D’Barkads.

Saingan yang memasuki minggu ke 6 ini telah memperlihatkan keazaman yang tinggi  dari MJ Bowlers dan terus unggul di tahta liga dan diikuti  rapat oleh pasukan yang menjadi Naib Johan di musim yang lepas iaitu Bowling City.  Kutipan mata 172.5 yang terkumpul setakat di minggu ke 6 ini membolehkan MJ Bowlers terus menjarakkan diri dari pasukan Bowling City, JoweetTeam dan WedSat-JP.

Pertandingan ini masih jauh lagi untuk dimuktamadkan dan pasukan lain yang bertanding masih terus mencari rentak permainan dan di harap MJ Bowlers terus memberikan pecutan awal supaya strategy dan perancangan tahun 2018 ini akan banyak membuahkan hasil kepada pasukan kerdil seperti MJ Bowlers ini..