MJ Bowlers menduduki tangga ke 3 final FEDBG 2017

Jeddah: FEDBG 2017 sudah melabuhkan tirainya semalam (20/5/2017) dan kejohanan kali ini di menangi oleh CASADORES yang telah mengunguli tahta liga dari peringkat kelayakan lagi. Manakala tempat ke dua di menangi oleh BCT-JPS dan tempat ke 3 di menangi oleh MJ Bowlers.

BCT-JPS telah berjaya di “survivor series-knockout” mengalahkan pasukan favorite iaitu RFO-Striker dengan kemenangan tipis 4 pin sahaja dan seterusnya bertembung dengan MJ Bowlers yang telah menunggu di “step-2 ladder “.  Pertembungan ini secara matematiknya memberi kelebihan kepada BCT-JPS kerana mempunyai deposit handicap sebanyak 20  lebih dari MJ Bowlers. 

MJ Bowlers yang diwakili oleh Suhaimie, Syikin, Azmi dan Faisal  dengan percaturan kombinasi 3 Lelaki +1 perempuan manakala BCT-JPS mempertaruhkan kombinasi 2 Lelaki +2 Perempuan iaitu Archie , Mel, Aisyah dan Romel.  

 

Kekalahan tipis MJ Bowlers di tangan BCT-JPS dengan perkiraan perbezaan 4 pin tewas di scratch dan 20 mata di handicap. Dengan kemenangan tipis ini BCT-JPS melayakkan diri menentang CASADORES  di “step 1-ladder”

Seterusnya di peringkat akhir “ladder”, CASADORES bijak melihat bagaimana BCT-JPS mengunakan kelebihan handicap untuk menjinakkan dua pasukan favorite iaitu RFO Striker dan juga MJ Bowlers, menukar barisan pemain di saat-saat akhir dengan memasukkan 2 perempuan dengan kombinasi 2 Lelaki +2 Perempuan. Percaturan ini membuahkan hasil dengan menumpaskan BCT-JPS dan sekali gus menobatkan CASADORES juara team FEDBJ 2017.