MJ Bowlers ke Final Step Ladder Esok- 20/5/2017

Jeddah: Jumaat 19 Mei –  FEDBG akan melabuhkan tirainya esok (sabtu) dan pertandingan step ladder akan berlangsung dan ianya melibatkan pasukan MJ Bowlers yang menduduki tangga ke 2 liga daripada 10 pasukan yang bertanding.

Sepanjang penglibatan MJ Bowlers di kancah pertandingan terbuka pada setakat ini adalah yang terbaik kerana secara rata-rata pemain MJ Bowlers telah melonjak prestasi baik pemain lelaki ataupun wanita sehinggakan nama pasukan MJ Bowlers meniti di mulut-mulut pasukan lawan.  Tambahan lagi ada pemain MJ Bowlers di ambil untuk menyertai liga-liga lain di mana MJ Bowlers tidak menghantarkan wakil.  Ini adalah strategi yang berhasil untuk membentuk kekuatan individu pemain MJ Bowlers.

Percaturan untuk pemain esok telah pun diputuskan kapten pasukan  yang mana MJ Bowlers akan di wakili oleh barisan mantap untuk mengharung cabaran step ladder ini.  Barisan pemain MJ Bowlers :

  1. Suhaimie Leong ( Driver )
  2.  Syikin   ( Killer)
  3.  Azami  ( Jokey)
  4. Faisal ( Anchor)

 

Untuk Driver seat suhaimie akan berganding bahu dengan Hairul di mana percaturan saat-saat akhir akan di laku kan bergantung kepada lane condition. Pemain kedua -syikin yang telah direhatkan beberapa minggu dan akan di turunkan di final untuk mengalas harapan MJ Bowlers. Kekuatan pemain wanita MJ Bowlers ini adalah dengan “backup release” dan  di harap menggunakan sepenuh pengalaman untuk membawa harapan pasukan. Pemain ke-3 Azmi ( Jokey) adalah muka baru yang menyinar bagi pasukan MJ Bowlers. Sejak kebelakangan ini coach Mus banyak memberi penekanan keapda saudara Azmi untuk persediaan di pentas akhir,  Akhir sekali pemain anchor MJ Bowlers , yang dikenali nama lain “Pacai” ..pemain bersahaja yang mempunyai misi khas untuk memastikan pasukan ini sentiasa dalam mood dan motivasi yang tinggi. 

Kepada penyokong ataupun warga malaysia di wilayah barat bolehlah datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada MJ Bowlers , iaitu wakil dari rakyat malaysia yang menjadi duta kecil di bumi arab ini.

Inshallah pihak MJ Bowlers akan berusaha untuk membuat facebook live untuk final step ladder nanti.

Majulah Sukan untuk Negara.

Pantang Mundur..Teruskan Kecemerlangan .