Keputusan terkini liga FTBJ -Minggu ke 14 (20/5/2017)

Jeddah: 20 Mei 2017 – Minggu ke-14,  MJ Bowlers yang dibarisi pemain Tariq ,Azhana, Wan Kamal dan Yazid telah menunjukkan prestasi yang baik setelah prestasi hambar di minggu ke -13. Pada minggu ke -14, MJ Bowlers menduduki tangga ke-3 dalam pungutan mata dan bintang wanita baru MJ Bowlers -Azhana telah di gredkan ke class “C Player”, semoga dengan pencapaian ini beliau akan mempamerkan persembahan yang lebih bermutu lagi di minggu-minggu mendatang. Secara kedudukan liga ,MJ Bowlers merampas kembali tahta ke-2 dari pasukan Bowling city manakala penghulu liga masih lagi di sandang oleh JP-GIlas dengan perbezaan mata  19.5 sahaja.

 

Liga akan di berhentikan mulai sabtu ini dan akan di sambung semula pada 8 Julai 2017 iaitu selepas Hari Raya Puasa.