Keputusan terkini liga FTBJ -Minggu ke 13 (13/5/2017)

Pada minggu ke-13, Persembahan MJ Bowlers jauh merosot ke belakang kalau dibandingkan dengan pasukan yang bertanding. Dengan kutipan 13 mata keseluruhan dan di kedudukan terakhir pungutan mata pada minggu ke 13  merupakan persembahan terburuk setakat ini.Pasukan lain dua teratas sudah mula memisahkan diri dari kelompok dan pasukan lain juga sudah mula menghampiri “red zone”  iaitu garisan 3 pasukan teratas.

Dengan berbaki 6 minggu lagi sebelum knockout round, MJ Bowlers harus terus memperbaiki kedudukan supaya terselamat dari kelompok knockout round.