Keputusan minggu ke -7 FEDBG ( 26/8/2017)

Jeddah  1 Sept 2017: Pada minggu ke 7 pertemuan antara MJ Bowlers dengan BCT agak memeranjatkan kerana MJ Bowlers terkulai layu  di ratah mudah pasukan BCT dengan kemenangan 22 berbalas 0. Kegagalan team kapten MJ Bowlers mendominasi  memberi kesan kepada pasukan untuk bangkit pada game ke-2 dan ke-3.  BCT mengambil kesempatan untuk menidakkan keupayaan MJ Bowlers dengan kemasukan semula pemain harapan BCT iaitu Edward yang bertindak sebagai ‘Anchor’ pasukan BCT. 

Dari sudut ranking MJ masih di tangga ke 3 , tetapi memberikan ruang yang besar pada kedudukan ke dua dan pertama dalam kedudukan rangking.  Liga akan disambung kembali pada 9/9/2017 dan ditutup semperna menghormati hari raya haji.