,Jeddah Arab Saudi Oct 11 2017. Liga sabtu pagi FTBJ ( AM) yang berlangsung minggu ke-6 ini telah melihatkan cabaran kepada pasukan-pasukan yang lain yang mana dengan kemunculan semula Shawal Mustafa setelah berehat selama 5 minggu telah memberi suntikan baru untuk MJ Bowlers untuk mengejar pendahulu liga.
Kebolehan dan ketahanan mental pemain MJ Bowlers pada minggu ini mampu bertahan dan balingan konsisten telah membolehkan peningkatan jumlah jatuhan pin. Jumlah jatuhan pin MJ Bowlers sebanyak 2328 telah berjaya menduduki tempat ke-3 dengan mengutip 8 mata dibelakang RR Fullhouse dan Bowling City. Dengan keputusan ini MJ Bowlers telah melonjak naik dari kedudukan ke -6 pada minggu ke-5 kepada tangga ke 3 pada minggu ke-6 hasil dari kutipan mata sebanyak 26 ,iaitu no-3 tertinggi dari 10 pasukan yang bertanding,