Keputusan minggu ke -6 FEDBG (19/08/2018)

Jeddah-19 Ogos 2017.  Minggu ke -6 FEDBJ menyaksikan pertembungan sengit antara MJ Bowlers dengan pasukan CVCB di lane 15 dan lane 16. MJ Bowlers di barisi Faisal, syikin, Azmi dan Yazid  manakala CVCB membuat percaturan mengandingan 2 wanita iaitu Babes Yushimini dan Marie Ghumpal  dan pemain lelaki mereka Rene and Jimmy. Dengan percaturan 2 wanita ini, mereka mempunyai jumlah HC- yang agak tinggi iaitu 113 berbanding MJ Bowlers sebanyak 77. Dengan perbezaan 36 mata HC ini membolehkan pasukan CVCB ini memberikan saingan yang sengit kepada MJ Bowlers.

MJ Bowlers memenangi pertemuan ini dengan perbezaan mata sedikit sahaja yang mana MJ Bowlers memperolehi 12 mata manakala CVCB mendapat 10 mata. Kedudukan carta masih tidak berubah untuk MJ Bowlers tetapi kedudukan 2 teratas sudah melihatkan NILOBABES memecut menjarakkan diri dari kelompok pasukan lain.

Skip to toolbar