Keputusan minggu ke -4 FTBJ (23/9/2017)

Jeddah : Oct 23 2017,  Kemas kini kejohanan FTBJ pada sabtu pagi  sudah bermula dan keputusan dikeluarkan dari penganjur FTBJ agak lambat sehingga keputusan pada minggu yang ke-4 ini. Musim baru ini MJ Bowlers mendapat penajaan sepenuhnya dari Scoot Airline.  Syarikat tambang Murah dari Singapura (Scoot Air) ini telah bersetuju menaja MJ Bowlers selama 16 minggu jangka masa kejohanan ini berlangsung.

Pada Minggu ke -4 ini, MJ Bowlers bermain agak merosot sedikit dan agak terkebelakang dari pesaing-saing utama kejohanan. Secara keseluruhan kedudukan MJ Bowlers berada di tempat ke-6 dari 4 minggu kejohanan ini dimulakan semula.

Dengan pungutan 26 mata MJ Bowlers  menduduki tangga ke -4 dalam jumlah jatuhan pin, dan sekali gus merapatkan sedikit ruang dengan pasukan di tangga ke -5 .