Keputusan minggu ke -3 FEDBG (29/07/2018)

Jeddah:29 Julai 2017,Minggu ke 3 kejohahan FEDBG berlangsung pada petang sabtu menyaksikan MJ Bowlers gagal bangkit setelah tamat game pertama yang mana di menangi oleh pasukan Nilobabes. Keupayaan pemain utama Nilobabes (Kemo)  menyaksikan MJ Bowlers terpaku seperti hilang punca. Seterusnya pada game ke 2 &3  MJ Bowlers terus kehilangan rentak membolehkan Nilobabes memperolehi 22 mata penuh  di pertemuan pusingan pertama ini. MJ Bowlers di wakili oleh Suhaimie, Hasnah, Kamal dan juga Hairul yang rata-rata mempunyai class yang berbeza dengan pihak lawan. Percaturan kapten  pasukan untuk melihat kombinasi pemain kelas ‘C’ dan ‘D’  menghadapi lawan yang mempunyai kelas yang lebih baik, Satu pendedahan yang berguna untuk pasukan,  

 

Pasukan MJ Bowlers jatuh ke tangga ke -5 pada minggu ke 3 ,dan pada minggu ke 4 MJ Bowlers akan bertemu dengan pasukan di tangga ke -7.  Semoga MJ Bowlers akan bangkit kembali untuk mendaki carta liga dan semuanya tidak mustahil kerana liga ini masih di peringkat awal lagi.