Kejuaraan FTBJ ( 54th Conference) -Milik mutlak MJ BOWLERS

Jeddah  12 Aug 2017 , bertempat di Bowling  City  -berlangsung acara akhir step ladder untuk FTBJ pada siri pertandingan yang ke 54 anjuran FTBJ (Filipino Tenpin Bowlers of Jeddah). Pertandingan ini melibatkan 12 pasukan yang bertanding dan liga ini sudah mengharungi 20 minggu.

Pada sebelah pagi, acara stepladder dari  pasukan di kedudukan ke 4,5,6 dan 7  bertanding sebanyak 2 games dan pasukan dari Bowling City telah berjaya menundukkan pasukan Saudi Diyar,Fityani Boutique dan 4 Season. Seterusnya pasukan Bowling City yang dipimpin oleh Igna Salgado dan dibarisi pemain yang kuat  seperti Kemo, Marie dan  Daryl bertemu dengan pasukan di tempat ke dua liga iaitu JP Gilas. Pertembungan Bowling city dan JP Gilas ini  untuk menentukan pasukan yang akan  layak bertemu dengan MJ Bowlers di final Stepladder. JP Gilas dibarisi  pemain yang mantap dengan kombinasi  2 pemain lelaki dan 2 pemain wanita.  Pasukan JP Gilas ini adalah pasukan pilihan setelah 3 musim berturut-turut bergelar juara. JP Gilas yang diwakili  oleh Randy sebagai kapten pasukan , Lou Punzalan,Jeanette  Cerbito dan Paolo  Allego.

Penentuan pasukan yang akan bertanding di peringkat ini akan dimuktamadkan dengan 1 games sahaja dan pemenangnya akan bertemu dengan MJ Bowlers di peringkat akhir.  Kapten pasukan JP Gilas ( Randy) membuat percaturan dengan  meletakkan pemain wanita mereka bagi menggalas cabaran dan membuahkan hasil dengan begitu mudah menundukan pasukan Bowling City. 

Biodata MJ Bowlers :

MJ Bowlers di barisi  oleh 10 pemain lelaki dan 2 pemain wanita iaitu : Abdul Rashid( kapten pasukan) Mustafa, Yazid,Azami,Mazlan,Wan Kamal,Suhaimie Leong ( tiada dalam gambar), Faisal, Tariq (RBA), Hairul Grace dan Azhana.

Felda Dsaji ( Malaysian Restaurant) telah  menaja pakaian rasmi MJ Bowlers  disepanjang siri liga yang bermula pada awal Feb.2017 sehinggalah ke acara kemuncak pada 12 Aug 2017.

Sepanjang 6 bulan siri liga FTBJ ini, pasukan MJ Bowlers agak konsisten dan sentiasa menduduki antara tangga 4 teratas liga.Pada minggu ke 16,MJ Bowlers membuat pecutan dan menempatkan diri di kedudukan teratas liga.

Penghargaan kepada Shahwall Mustafa atau lebih dikenali sebagai Mus yang tidak jemu menerapkan latihan demi latihan bagi mengekalkan tahap prestasi pemain dari minggu pertama sehinggalah MJ Bowlers sampai menduduki tahta liga.

Saat yang di tunggu :

Tepat pada pukul 12:30 pm, semua pemain MJ Bowlers telah mula memanaskan badan di lane 11/12. Kapten pasukan masih lagi merahsiakan percaturan pemain yang akan mewakili MJ Bowlers di peringkat akhir ini. Semua pemain di wajibkan membuat pemanasan badan .

Pada 12:35  PM , kapten pasukan telah menyerahkan senarai pemain kepada urus setia  dan secara rasmi pasukan MJ Bowlers akan diwakili oleh Tariq , Azhana, Azami dan juga Yazid.  Percaturan  permain ini dibuat berdasarkan atas kekuatan pasukan JP Gilas  dan Tariq ditugaskan untuk merosakkan  “Strike Line” Randy dan menyukarkan Randy mendomiasi pemainan dan memberi kelebihan kepada 2 pemain lelaki MJ Bowlers iaitu Azami (bermain di “board 5- strike line manakala Yazid bermain secara “Stroker”-strike line board 17.  

Dengan Percaturan pemain disertakan mental  pemain yang sudah bersedia untuk final ini dengan mudah kita mengalahkan pasukan  pilihan juaran JP Gilas  dengan JP Gilas  membuat jatuhan pin sebanyak 656 dan MJ Bowlers sebanyak 694.

Sekalung tahniah kepada  pemain MJ Bowlers yang telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Baru bagi seri ke 54 FTBJ.  Tidak dilupakan juga  kepada pemain MJ Bowlers yang lain yang berusaha meningkatkan prestasi permainan dan terus berjaya di pertandingan-pertandingan akan datang.

Untuk melihat siaran YouTube ketika perlawanan akhir –>  klik sini