Kedai Asia Juara Liga ICBL-42nd Conference

Jeddah, 31 Mac 2019 – Pasukan Kedai Asia muncul juara Liga Inter-Company Bowling League (ICBL), anjuran Filipino Ten-Pin Bowling Jeddah (FTBJ). Perlawanan akhir telah diadakan pada 29 Mac 2019, bertempat di Bowling City.

Selepas 19 minggu mengharungi pusingan liga, pasukan Kedai Asia layak ke peringkat akhir di tempat pertama, diikuti oleh pasukan tuan rumah Team Bowling City, dan pasukan Jay Jay Lane Buster. Dengan kelayakan teratas ini, Kedai Asia memegang kelebihan sebagai ‘top seeded team’ di dalam pusingan stepladder. Empat pasukan lagi mengharungi 2 perlawanan kelayakan bagi menempah tempat untuk ke pusingan stepladder, yang dimenangi oleh pasukan Dabarkadz.

Pasukan Dabarkadz meneruskan aksi cemerlang pada pusingan stepladder apabila menumpaskan pasukan Jay Jay Lane Buster, dan seterusnya pasukan tuan rumah Team Bowling City untuk menempah tempat di perlawanan akhir, bertemu dengan Kedai Asia.

Nyata percaturan kapten pasukan, Abdul Rashid Abdul Rahman berjaya mematahkan kemaraan dan semangat Dabarkadz apabila menumpaskan pasukan lawan dengan jumlah mata 968 berbalas 920 di perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan mutlak liga ICBL kali ini. Selain kapten Abdul Rashid, pasukan Kedai Asia turut diwakili oleh Tariq (RBA) Antonio, Wan Kamal Azlan, Hasnah Mohamad Dan, dan Oto Shah.

Setinggi2 terima kasih buat CEO Kedai Asia, Haji Ahmad Imran Zainul Abidin atas segala sokongan dan bantuan kepada pasukan sepanjang liga ini berlangsung. Tidak lupa juga sekalung terima kasih buat Coach Mus (Shawall Mustafa), semua rakan2 sepasukan dan ahli keluarga yang memberi sokongan padu sepanjang liga dan pada pusingan akhir kali ini. Alhamdulillah, kejayaan milik kita.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk pencapaian berterusan di masa hadapan, InshaAllah.

~WKA~