TSI terus unggul di tangga ke-2 dalam minggu ke 6.

Jeddah 24 November 2017, TSI, syarikat yang berpengkalan di Saudi Arabia ini terus unggul di minggu ke-6  pada kejohanan ICBL ini. TSI yang dibarisi oleh Tariq (RBA), Grace, Rozana, Suhaimie, Azizan dan Mustafa.   Grace dan Rozana merupakan penyumbang terbesar pada minggu ke 6 ini dengan jumlah jatuhan sebanyak 611 dan 569. 

 

Kutipan mata yang diperolehi dari Game 1,2 dan 3 sebanyak 2936 dan sekali gus ini adalah jatuhan ke-3 tertinggi dibandingkan dari pasukan-pasuakan yang bertanding di minggu ke-6 ini.

 

Pada kedudukan carta pula TSI masih kekal di tangga ke-2 liga, dan pasukan Lance &3rdy terus mendahului liga dengan perbezaan 3.5 mata dipisahkan dengan pasukan TSI. Manakala pasukan lain terus mengejar 2 kelompok diatas ini tetapi jurang semakin melebar ditinggalkan oleh Lance &3rdy dan juga TSI.