Pasukan TSI di nobatkan ” Team of The Week” pada minggu ke-8

Jeddah , Arab Saudi – ICBL ( Inter Company Bowling League) yang memasuki minggu yang ke-8  di mana barisan pemain TSI masih lagi mengekori rapat pendahulu liga iaitu Lance &3rdy dengan berkongsi mata sebantyak 257.5. 

TSI ( The Synergy International ) telah sekali lagi dinobatkan selaku “Team of The Week” . TSI dibarisi oleh kombinasi yang mantap dan mempunyai semangat melawan yang kuat iaitu  Tariq (RBA), Azzhana, Rozana, Faisal, Azizan dan juga Mustafa.

Dengan jumlah  jatuhan 3078 pin pada minggu ke-8, pasukan TSI terus mengekori rapat pendahulu liga  Lance &3rdy yang hanya terdaya menjatuhkan pin sebanyak 2956  meletakkan pasukan ini berada di kedudukan ke -4 di dalam minggu ke 8 ini.

Dengan kelebihan handicap 45, Azhanawati telah menunjukkan kebolehan mantap menjatuhkan pin sebanyak 635, di ikuti pleh Roazana  dengan 545. Manakala barisan lelaki yang di dahului oleh Tariq hanya mampu menjatuhkan sebanyak 581,  dikuti oleh Faisal yang nampak kepenatan hanya mampu membuat jatuhan pin sebanyak 468. Azizan (Stinger) membuat permulaan yang agak perlahan hanya mampu membuat jatuhan pin di game pertama sebanyak 176 tetapi bangkit di game ke 2 dan ke 3 dengan jatuhan pin 211 dan 206. Mustafa sekali lagi di nobatkan “Bowlers of the Week” setelah  berjaya menjatuhkan pin sebanyak 678 meninggalkan pemain lain.

 Dari kutipan mata pula TSI  Bowlers terus unggul mengutip mata sebanyak 38.5 dan jauh meninggalkan pesaing lain dalam minggu ke -8 ini dan dari susunan carta pula  TSI telah menyamai jumlah mata yang dikutip oleh Lance &3rdy yang hanya mampu mengutip 31 mata pada kedudukan ke 4 mingguan.