ICBL – FTBJ MInggu -3

Arab Saudi 5 Nov 2017,  Inter Company Bowling League (ICBL) memasuki minggu ke-3 dan telah berlangsung pada 27 Oct 2017 dan pasukan TSI-MJ Bowlers telah di nobatkan “Team of the Week”. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan di awal permulaan musim ICBL yang ke 39 siri ini. 

TSI-MJ Bowlers di barisi oleh Tariq, Grace, Azhana, Suhaimie Leong, Wan Kamal dan Mustafa telah berjaya mengutip jatuhan pin sebanyak 2,887  dan sekali gus mengutip mata penuh pada siri minggu ke 3 ini. 

 

 

 

Pada minggu ke-3 ini TSI-MJ Bowlers masih lagi di kedudukan ke -7 tetapi hanya dipisahkan hanya 1 mata sahaja di kedudukan ke 6. Masih terlalu awal untuk diperkatakan kekuatan pihak lawan yang masa kebiasaan percaturan kapten pasukan lawan akan menguji percaturan pemainan dan cuba untuk memenuhi syarat wajib bermain sebanyak 12 game untuk di turunkan pemain ketika “Position Round” di minggu ke 19.