FEDBG SPMBL-11, Minggu 10 – MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga

Jeddah, 4 Februari 2019 – Masuk minggu ke-10 bermulalah pusingan kedua Liga Saturday PM League (SPMBL) anjuran FEDBG, dibawah kelolaan Pip Planas.

Pada minggu ke-10 ini, MJBowlers bertembung semula dengan pasukan Lanes Snap Shot untuk kali kedua berturut2. Strategi pada kali ini adalah menurunkan 2 pemain wanita iaitu Lynn Lopez dan Carmen Bernaro untuk memanfaatkan kelebihan ‘handicap’ yang agak tinggi berbanding pemain2 MJBowlers. Pasukan lawan juga menurunkan pemain berpengalaman Jay Bengco dan Gary Raymundo bagi melengkapkan barisan pemain.

Walaupun berhadapan dengan strategi ini, MJBowlers mampu menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot dengan jumlah mata 18 berbalas 4. Gandingan pemain2 MJBowlers minggu ini, Wan Kamal (posisi driver), Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah (posisi anchor), juga berjaya mengutip sejumlah 14 mata ranking mingguan untuk mengumpul sejumlah 32 mata keseluruhan liga.

MJBowlers masih lagi utuh di tempat pertama liga dengan sejumlah 283 mata, diikuti oleh JBS Pro-S (275), Triple XXX (248) dan Pinkyrosedelight (242). Semoga momentum yang baik ini dapat di kekalkan untuk minggu2 seterusnya, InshaAllah.

Persaingan semakin sengit diantara pasukan2, dan pasukan MJBowlers akan berhadapan dengan beberapa lagi pasukan2 yang agak kuat dan berpengalaman. Pemain2 disarankan untuk meneruskan latihan bagi memantapkan lagi permainan, InshaAllah.

~WKA~

Gandingan Wan Kamal, Azhanawati, Azmi Junaidi dan Oto Shah berjaya menumpaskan pasukan Lanes Snap Shot
Minggu-10: MJBowlers Kekal Di Tempat Pertama Liga