FTBJ Monthly Tournament May 2018

11 May 2018, Bowling City- Jeddah – ICBL menganjurkan “Monthly Tournament” untuk bulan May 2018. Wakil dari MJ Bowlers termasuk Azami, Rashid, Suhaimie Leong, Ahmad Shariffudin, Oto Syahrizan, Mazlan, Yazid, Wan Kamal dan Acong, yang julung kali menyertai pertandingan ini. Penyertaan dari wanita adalah Hasnah, Azhanawati dan Hayatie.

Kesemua peserta lelaki MJBowlers bertarung di dalam kumpulan kelas yang sama, iaitu kelas B, kecuali Azami (Kelas A) dan Acong (Kelas C). Manakala bagi pemain MJBowlers wanita, Hasnah dan Azhana mewakili kelas B, dan Hayatie untuk kelas C.

Selepas berakhirnya peringkat pertama (Qualification Round), Suhaimie, Rashid dan Mazlan dari Kelas B layak ke peringkat seterusnya bersama RJ, pemain Filipina, sementara Oto, selaku pemenang saringan, menunggu pemenang bagi peringkat ini. Azami turut layak untuk kelas A. Acong juga pemenang saringan kelas C dan menunggu lawannya.

Permainan agak sengit antara pemain lelaki Kelas B MJBowlers. Namun, aksi mantap dari Kapten Rashid mampu menundukkan lawannya dan berjaya ke peringkat seterusnya. Namun di pertarungan Kelas A, perjuangan Azami terhenti setakat ini apabila tidak mampu mengatasi pemain yang lebih berpengalaman walaupun menunjukkan permainan yang begitu baik sekali.

Persaingan lelaki Kelas B berterusan dengan persaingan antara 2 pemain MJBowlers, Rashid dan Oto. Di perlawanan ini, Oto menunjukkan permainan yang begitu baik dan menundukkan Rashid bagi bergelar juara Kelas B. Acong juga berjaya menewaskan lawannya, Mark Clifford, bagi menjadi juara Kelas C.

Peringkat separuh akhir menemukan Oca (juara Kelas O) dengan Panco (juara Kelas A) dan Oto (juara Kelas B) dengan Acong (juara Kelas C). Oca berjaya mengalahkan Panco dan mara ke peringkat akhir. Manakala Oto yang lebih berpengalaman, menewaskan Acong dan akan bertarung dengan Oca untuk menentukan juara bulan May ini.

Oto dengan kelebihan handicap 9 mata, berpeluang besar menundukkan Oca di frame terakhir. Oca telah terlebih dahulu menamatkan perlawanan dengan jumlah jatuhan pin 168. Namun akibat sedikit kecuaian, Oto hanya mampu menjatuhkan 7 pin pada balingan terakhir dan jumlah jatuhan pin bersama handicap adalah 167. Dengan ini Oca bergelar juara May 2018, manakala Oto adalah naib Juara. Keseluruhannya, Panco tempat ke-3 dan Acong tempat ke-4.

Manakala bagi peserta wanita, persaingan dalam kelas B antara Hasnah, Azhana, Evelyn dan Aileen berkesudahan dengan kemenangan berpihak pada Azhana, yang layak ke peringkat seterusnya untuk bertemu Natty yang menunggu. Begitu juga di dalam kelas C, di mana, Yatie berjaya menundukkan lawannya, Myrna dan Mel untuk bertemu Babes.

Di peringkat ini, Azhana berjaya mengalahkan Natty dengan “clean game” dan menjadi juara kelas B. Manakala, Yatie juga berjaya menundukkan Babes untuk bergelar juara kelas C.

Di peringkat akhir, menemukan semua juara bagi setiap kelas. Marie (Kelas A), Azhana (Kelas B) dan Yatie (Kelas C). Dengan berbekalkan pengalaman di dalam perlawanan sebelum ini, Azhana berjaya mengatasi semua pemain untuk bergelar juara dengan jatuhan pin 215 dengan handicap 26. Manakala Yatie yang pertama kali beraksi di pentas akhir juga menunjukkan permainan yanng baik. Walaupun agak gugup, namun mampu bersaing dan menundukkan Marie untuk menjadi naib juara dengan jatuhan pin 189 dengan handicap 40. Marie pula membuat jatuhan pin 180 dengan handicap 20.

Tahniah buat semua pemenang. Semoga semua pemain-pemain MJBowlers akan meneruskan usaha dan perjuangan untuk memantapkan permainan.