Category: Uncategorized
Liga SPBML-12
Alhamdulillah. MJBowlers merangkul tempat kelima liga SPMBL-12 selepas berjuang di pusingan playoff baru2 ini, bertempat di Bowling City. Syabas diucapkan buat semua pemain2 yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang perjalanan liga ini. Siri baru liga SPMBL akan bermula pada 19 October 2019, dan bakal menyaksikan beberapa muka baru mewakili pasukan MJBowlers. Sama2 doakan kejayaan cemerlang buat pasukan MJBowlers. πͺπΌπͺπΌ.
https://www.facebook.com/groups/pip.bowlingproshop/permalink/2544346512290615?sfns=mo β at Bowling City Jeddah.
TNCBL-23
Alhamdulillah. Pasukan MJBowlers diketuai oleh Kapten Liga Selasa Azizan Abdul Aziz dan dibawah bimbingan Abdul Rashid Abdul Rahmanberjaya melayakkan diri ke pusingan akhir stepladder liga malam Selasa TNCBL Siri ke 23, di tangga ketiga. Pusingan akhir akan diadakan pada 15 October 2019 bertempat di Bowling City, Sultana Mall. Ayuh kita semua berikan sokongan padu buat pasukan MJBowlers!
https://www.facebook.com/groups/pip.bowlingproshop/permalink/2534551149936818?sfns=mo
Malaysia Sports Challenge 2019 – Bowling Tournament
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOWLING βMALAYSIA SPORTS CHALLENGE 2019β
1. PERATURAN PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini dinamakan MALAYSIA SPORTS CHALLENGE 2019 anjuran Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah dan MJBowlers Jeddah.
1.2 TARIKH DAN TEMPAT
Tempat : Bowling City, Al Awadi, Al Andalus, Jeddah
Tarikh : 26 Oktober 2019
Masa : 8.30 Pagi hingga 4.00 Petang
2. PENYERTAAN
2.1 Pertandingan adalah kepada rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Arab Saudi (Lelaki, Wanita, Campuran berpasukan).
2.2 Penyertaan hanya dibuka kepada 26 pasukan sahaja berdasarkan first come first serve
2.3 Setiap pasukan mengandungi 4 orang pemain.
2.4 Kanak-kanak 20 orang max sahaja berdasarkan first come first serve.
3. YURAN PENYERTAAN
3.1 Setiap pasukan Lelaki/Wanita/Campuran dikenakan yuran penyertaan sebanyak SR250.00 sepasukan. (Yuran Lane, Pack Meals – Makanan, Minuman) dan kanak-kanak SR50.00 seorang.
3.2 Sewaan kasut telah dibiayai oleh penganjur.
4. PENDAFTARAN PEMAIN
4.1 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh pihak penganjur. Hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. Susunan nama pemain akan diambil kira dari borang pendaftaran pemain mengikut turutan nombor yang dicatat.
4.2 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan selewat-lewatnya sehari
sebelum pertandingan bermula.
4.3 Warganegara Rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Arab Saudi sahaja.
4.4 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
4.5 Semua pasukan yang telah mengesahkan penyertaan hendaklah mendaftar pasukan masing-masing pada 26 Oktober 2019 sebelum atau pada jam 8.00 pagi di meja urusetia di Jeddah Lanes Bowling Center, Jeddah.
5. CARA PERTANDINGAN
5.1 Format pertandingan kali ini adalah secara 9 pin tap (jumlah penuh pin adalah 10). Oleh yang demikian, sekiranya balingan pertama kejatuhan pin adalah 10 dikira strike dan kejatuhan pin adalah 9 dikira strike juga. Jika kejatuhan pin kurang dari 9 bermakna untuk mendapatkan spare perlu menjatuhkan keseluruhan pin yang tertinggal.
5.2 Kejohanan ini akan dijalankan sekaligus secara:
I. Berpasukan
– Lelaki
– Lelaki dan Wanita (Mix)
– Wanita
II. Kanak-kanak
(Berumur 7 Tahun β 13 Tahun)
5.3 Pemain-pemain Graded dan Non Graded (Handicap) pengiraan didalam kejohanan berpasukan adalah seperti berikut:
I. Graded Lelaki β (-10) setiap game
II. Graded Wanita β (0) setiap game
III. Non Graded Lelaki β (0) setiap game
IV. Non Graded Wanita β (+10) setiap game
V. Remaja (13 β 17) β (+10) setiap game
5.4 Semua pasukan akan bermain sebanyak tiga (3) game.
5.5 Kedudukan lane semua pasukan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
5.6 Semua pasukan akan bermain secara βno cross laneβ
5.7 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
5.8 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di lorong permainan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
5.9 Pasukan yang enggan bermain pada waktu yang dijadualkan itu akan dianggap sebagai menarik diri. (iaitu memberi walk-over)
5.10 Shadow Bowl selama 5 minit.
6. PENENTUAN KEMENANGAN
6.1 Pasukan yang memungut jumlah jatuhan pin terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
6.2 Kategori Hadiah adalah:
JUARA BERPASUKAN
1ST RUNNER UP BERPASUKAN
2ND RUNNER UP BERPASUKAN
JUMLAH JATUHAN PIN TERTINGGI LELAKI DAN WANITA BEST GAME LELAKI DAN WANITA
JUARA KANAK-KANAK
1ST RUNNER UP KANAK-KANAK
2ND RUNNER UP KANAK-KANAK
3RD RUNNER UP KANAK-KANAK
4TH RUNNER UP KANAK-KANAK JACKPOT (βxβ TAP STRIKE / βXβ STRIKE)
XβxβXβxβ β SR50.00 (8 ORANG YANG PERTAMA) βxxxβ β SR50.00 (10 ORANG YANG PERTAMA) βxβSPAREβxβ β SR30.00 (10 ORANG YANG PERTAMA)
TOTAL SCORE 111 β SR20.00 (LELAKI DAN WANITA YANG PERTAMA) TOTAL SCORE 121 β SR20.00 (LELAKI DAN WANITA YANG PERTAMA) TOTAL SCORE 201 β SR20.00 (LELAKI DAN WANITA YANG PERTAMA)
TOTAL SCORE 234 β SR50.00 (SEORANG YANG PERTAMA)
TOTAL SCORE 3 GAMES 666 β SR100.00 (SEORANG YANG PERTAMA) PERFECT GAME 300 β SR500.00 (SEORANG YANG PERTAMA) (JUMLAH HADIAH 49 & CABUTAN BERTUAH)
6.3 Sekiranya setelah semua perlawanan selesai dan dua pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah pin yang sama maka kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang:
I. Jumlah terbanyak jatuhan pin pasukan pemain terakhir (game kedua) dianggap sebagai pemenang.
II. Jika masih juga sama, jatuhan pin pasukan pemain terakhir (game pertama) diambil kira.
III. Jika masih sama, βSyiling Dua Mukaβ menjadi penentu pemenang.
7. PAKAIAN
7.1 Semua pasukan/pemain mesti memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.
8. BANTAHAN
8.1 Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat secara lisan kepada Urusetia Pertandingan. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran Tunai sebanyak SR300.00 (Saudi Riyal: Tiga Ratus Sahaja). Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal atau ditolak.
9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
9.1 Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum atau pada 20 Oktober 2019 (Ahad).
9.2 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding;dan
9.3 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
TEKNIKAL MJBOWLERS
Capt. Rashid HP: 055 857 4934
Oto Shah HP: 050 283 4809