Category: MYTournament

Pertandingan Bowling sempena-MJ Bowlers Open 2018

MJ Bowlers dengan rasminya akan mengadakan penganjuran pertandingan bowling berpasukan bagi penyertaan semua rakyat Malaysia di Saudi Arabia. Acara ini akan di adakan pada 24/03/2018 (Sabtu),bertempat di Jeddah lane. Pertandingan ini adalah sempena merebut piala MJ Bowlers. Penyertaan kali ini di buka kepada semua rakyat Malaysia yang ada di Arab Saudi. Dijangka penyertaan dari pasukan Riyadh ,Yanbu , Rabigh ,Madinah dan Mekah akan memeriahkan suasana pertandingan ini.  

Pertandingan ini akan terbahagi kepada 2 kategori pertandingan  iaitu BAKER GAMES yang akan berlangsung terlebih dahulu pada pukul 08:30 am -09:30 am  dan seterusnya MJ Bowlers Open 2018 akan dirasmikan pembukaannya pada pukul 10:00 pagi. Tarikh tutup untuk menghantar senarai pasukan yang bertanding adalah pada 17/03/2018. Slot pasukan adalah terhad kepada 24 pasukan sahaja dan pendaftaran awal adalah sangat-sangat digalakkan.

Kategori A: TERBUKA ( Uniform diwajibkan)  – 2 games bagi kategori ini
——————————————————————————–
– Terbuka kepada semua rakyat Malaysia/ Melayu Patani di Arab Saudi
– Pertandingan dalam acara pasukan yang mana kombinasi pemain mestilah :
      a.  3 Lelaki  + 1 Wanita  – Handicap  diberi 20 mata (wanita)
      b.  2 Lelaki + 2 Wanita  – Handicap diberi  40 mata (wanita)
      c.   4 Wanita                     – Handicap diberi  80 mata (Wanita)
      d.  4 Lelaki                       – Tiada Handicap

Nota : Sekiranya ahli Bakers ingin menyertai pertandingan “Open”  syarat berikut hendaklah di ikuti:

a.  Hanya seorang pemain Baker sahaja yang dibenarkan menyertai pasukan yang bertanding. 
b. Bagi Pasukan Bakers Yanbu, kelonggaran pemilihan pemain berdasarkan keputusan yang lepas.
b.  Sekiranya penyertaan Wanita Bakers ( MJ Bowlers) maka tiada pemberian Handicap diberi.
 
Bayaran sebanyak  SR 200 bagi satu pasukan  dan  makanan ringan disediakan ( Burger / club Sandwich + Minuman) oleh pihak penganjur.

Kategori B  :  Pertandingan  Bakers 2018

Pasukan : AL Safa
Pasukan : Fasaliyiah
Pasukan :Yanbu
——————————————————————————

Sebanyak 3 kumpulan dari kawasan Safa, Fasaliyah  dan Yanbu akan bertanding untuk merebut Piala MJ Bowlers Baker Event.  Setiap pasukan mestilah menyediakan pemain seperti format di bawah:

  a.  1 Pasukan  (5 orang pemain) dengan format (4 lelaki + 1 Wanita).
  b.  1  Perseorangan lelaki
  c.  1  Perseorangan  wanita
  d.  1 Bergu Lelaki
  e.  1 Bergu Campuran

Semua permainan melibatkan 2 games series dan akan dijalankan serentak. Permarkahan  dikira berdasarkan seperti berikut:

  •        Johan acara – 3 markah
  •       Naib Johan  – 2 markah
  •       Tempat ke -3 –  1 markah

Jumlah markah tertinggi akan dinobatkan sebagai juara Pentandingan Bakers 2018

Cabutan bertuah juga disediakan kepada pemain  yang mendaftar untuk bertanding dalam siri ini. Hadiah-hadiah yang lumayan menanti pemain-pemain di kejohanan ini.

Sebarang  pertanyaan bolehlah berhubung kepada urus setia di bawah :

Penyertaan Jeddah / Yanbu/Rabigh/Makkah/Madinah  – Saudara  Rashid ( 0558574934),Azmi (0531152764)

 

Faysaleyyah Juara Pertandingan Baker 2017

 Pada 14 Oct 2017, Baker Championship telah di adakan di antara pasukan As Safa menentang Faysaleyyah bagi merebut piala pusingan Baker 2017. Piala Pusingan ini adalah sumbangan dari saudara Faisal ( Ahli Mj Bowlers). Pertandingan ini merupakan julung kali di adakan dan format pertandingan ini melibatkan acara :

a. Berpasukan ( 4 Lelaki  + 1 Perempuan)
b. Perseorangan Lelaki
c. Perseorangan  Wanita
d. Bergu Campuran.

Seramai 15 peserta yang melibatkan diri  untuk event ini yang di wakili oleh Safa dan Faysaleyyah.


Pasukan Faysaleyyah  telah di nobatkan juara  Baker 2017 setelah mengalahkan pasukan safa dengan kedudukan 3-2.

Lensa -Kejohanan Piala Sukan Negara 2017 – Jeddah ,Arab Saudi

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”4″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”240″ thumbnail_height=”160″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

Senarai Pasukan Kejohanan Hari Sukan Negara 2017

Aturcara Kejohanan :
————————-
08:30- 09:30 – Pendaftaran dari kaptain pasukan 
08:45- 09:45 – Baker Event 
09:45-10:00 – Ucapan dari Dato CG dan Capt MJ Bowlers
10:00-11:45- Game Batch #1 dengan acara kanak-kanak
11:45-12:45- Break & Solat
12:45-2:30 – Game Batch #2
2:30- 3:30 -Penyampaian Hadiah kejohanan.

[table id=7 /]

 

Kategori Kanak-kanak

[table id=8 /]