Category: BERSAMA COACH MUS

Syabas Coach Mus!

Jeddah, 14 Mac 2019 – Seluruh warga dan keluarga MJBowlers ingin merakamkan setinggi2 tahniah buat Coach Mus (Shawall Mustafa), atas kejuaraan di dalam kategori terbuka Kejohanan Bowling Ten-Pin Hari Kebangsaan ke-35 Brunei Darussalam.

Coach Mus kembali aktif dalam arena kejohanan bowling individu selepas menyepi selama 8 tahun. Namun dalam waktu tersebut, Coach Mus masih lagi berbakti kepada sukan bowling dengan mencurahkan ilmu yang ada untuk peminat2 sukan bowling termasuk MJBowlers.

Berita gembira ini sedikit sebanyak mengubat kerinduan warga MJBowlers terhadap Coach Mus, yang telah kembali berkhidmat di Brunei Darussalam.

Semoga Coach Mus mengecapi kejayaan seterusnya di masa hadapan, InshaAllah.

Berita penuh di Borneo Bulletin.

Kredit feature image Borneo Bulletin.

~WKA~

Syabas Coach Mus!

Bersama Coach Mus

Shahwall Mustafa  atau lebih dikenali dengan Mus ialah bekas  pemain kebangsaan Brunei  Darussalam.. Beliau juga pernah mengikuti kursus kejurulatihan sukan Bowling  dan juga menjalani kursus  sebagai salah seorang  “Ball Driller”.

Mustafa @ Mus dilahirkan di Brunei Darussalam  pada tahun 1969 dan mula serius dengan permainan bowling seawal tahun 1992  sehinggalah dapat mewakili Negara Brunei Darussalam  di beberapa pertandingan serantau dan antarabangsa. Berpengalaman  melatih pemain remaja sehingga melahirkan pemain pelapis dan ada juga yang telah berjaya mewakili negara Brunei Darussalam ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2015, @Mus pernah membantu pasukan Philippine memenangi tempat kedua dan ketiga pertandingan liga di Jeddah, Arab Saudi.

Pengenalan kami dengan Coach Mus di Jeddah adalah semasa kami dalam pertandingan Bowling FEDBG di Bowling City pada bulan Oct 2016 dan ketika itu  beliau menjadi penonton kepada kejohanan yang sedang berlangsung.

Bermula dari detik itulah  @ Mus telah memulakan pengenalan asas bowling dan secara sukarela memberi bimbingan dan mencurahkan pengalaman kepada ahli MJ Bowlers.  Kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan , ada yang di peringkat  “Fine Tune”, ada yang “back to basic” .  Dengan pengalaman yang ada selain memperbetulkan teknik, Coach Mus juga menitikberatkan  “Proper Grip & Fitting”, “Ball Layout” dan lain-lain lagi semata-mata bagi membantu meningkatkan prestasi MJ Bowlers. Hasilnya cukup memberangsangkan  sehinggalah  pemain MJ Bowlers sudah mampu bersaing dengan pasukan yang lebih berpengalaman ketika dalam kejohanan Ten Pin Bowling yang dianjurkan di sekitar Jeddah.

Semoga dengan dedikasi Mus akan terus memberi impak maksimum kepada proses menaik taraf pencapaian MJ Bowlers dan secara langsung akan menaikkan nama MALAYSIA di arena Bowling di Jeddah Saudi Arabia.

Tahniah untuk Azami

Pengumuman..29 April 2017.

Dengan diawalkan dengan Bismillah, saya sukacita ingin mengumumkan bahawa pada hari ini Azami (Konsulat) telah berjaya mencapai target yang saya janjikan untuk memberikan sebiji bola baru sekiranya mana2 pemain MJ Bowlers yang terawal mendapat markah 660 ke atas (3 game). Azami berjaya memperolehi 678 jatuhan pin sekaligus untuk rekod pencapaian peribadi beliau setakat ini.

Seperti yang dijanjikan, saya dengan senang hati dan ikhlas menghadiahkan bola baru tersebut kepada beliau. Janji mesti saya tunaikan.

Tahniah untuk Azami, semoga akan terus berusaha gigih meningkatkan permainan ke tahap lebih tinggi untuk diri sendiri dan MJ Bowlers.

Kepada bowler2 yang lain, jangan putus asa sebab offer lain akan d umumkan kemudian, In Shaa Allah

Teruskan latihan anda.

COACH MUS

Sesi latihan bersama Suhaimie

Coach Mus tengah memperbetulkan “Starting Position” yang merupakan salah satu komponen asas penting untuk “Ball Delivery”. Coach Mus juga memperbetulkan cara “Ball rotation” semasa  latihan bersama Suhaimie.

Sesi latihan bersama Din

Coach Mus tengah membetulkan teknik balingan Din. Beliau  adalah salah seorang pemain yang dalam pemerhatian  untuk dipersiapkan bagi musim baru akan datang. Dulunya din menggunakan balingan kaedah “backup release” dan  dengan pemantauan Coach Mus  kini din sudah mula menampakkan hasil balingan yang betul.

Sesi latihan bersama Hasnah

Coach Mus tengah menerangkan ” Foot Work”  dan juga  “Hand Rotation” untuk ladies Bowler -Hasnah.  Beliau merupakan Bowler yang berpotensi besar untuk di ketengahkan. Ranking terkini Hasnah adalah dalam kelas LD (Ladies D) di dalam liga FEDBG.