Keputusan terkini liga FTBJ -Minggu ke 15 (08/07/2017)

Jeddah : 08 Julai 2017 – Liga FTBJ di sambung semula setelah sebulan di berhentikan bagi memuliakan ramadan.  Minggu ke 15, MJ Bowlers seperti singa yang baru terjaga  memulakan balingan dan hayuan yang mantap mengungguli kedudukan mata bagi keseluruhan 3 game series. Dengan kutipan 40 mata sekali gus membolehkan kedudukan MJ Bowlers di tangga ke-2 carta FTBJ.

Dengan musim ini masih  berbaki  5 minggu, dan  dengan 3 minggu lagi untuk percaturan liga iaitu minggu ke 18 adalah tarikh akhir menentukan kedudukan carta.,MJ harus mengekalkan rentak supaya kita dapat dinobatkan Juara liga sebelum memasuki championship round. 

Tahniah diucapkan kepada semua MJ Bowlers.